Saturday 31 May 2014

Pra Bakti Siswa (Peta, Tentatif & Persediaan) di Bestari Jaya

Program 2 dalam 1
Tanaman Pokok Tenggek Burung di lokasi Hutan Simpan Raja Musa
dan Kebajikan Masyarakat di lokasi Kg Bestari Jaya.

Lokasi rujukan adalah di UNISEL Bestari Jaya, Kuala Selangor.

pada tarikh 14 Jun 2014(Sabtu),

Pergerakan peserta ke sana adalah:

A.Laluan dari Kuala Lumpur

-dari KL ke Lebuhraya Utara menghala ke Ipoh.
-sampai di area Rawang cari susur keluar Bukit Tagar
-tuju ke Kg Bestari Jaya atau UNISEL dalam 15 minit
 ke batu 14 tepi jalan.

dari lebuhraya utara selatan susur ke arah Bukit Tagar.
tuju ke Bestari Jaya atau Kuala Selangor

sebelum sampai UNISEL ada batu tanda km 14, perlahan kerana hampir sampai

Batu Penanda km 14. Lokasi berhampiran jalan ini.

lorong tanah merah untuk ke lokasi KEM.


Lokasi KEM BAKTI SISWA .
Hutan Simpan Raja Musa.
ada nampak kereta BOS...kat situ.


B.Laluan dari Klang


-tuju ke Kuala Selangor
-cari susur ke Kg Kuantan(pelancongan Klip-klip)
-tuju ke Kg Bestari Jaya atau UNISEL dalam 15 minit
-dari UNISEL teruskan hingga batu 21 tepi jalan.

dari Kuala Selangor susur ke Kg Kuantan- Pekan Bestari Jaya.

cari arah UNISEL
selepas jumpa UNISEL teruskan perjalanan ke arah Kg. Sg Tengi



selepas tanda km 21 perlahan kerana lokasi KEM sudah hampir.
susur masuk ke KEM BAKTI SISWA
KEM BAKTI SISWA
Hutan Simpan Raja Musa, Kuala Selangor 2014
sebelah tu kereta Pengarah Projek kita.


FOTO2 LAIN DI TAPAK KEJADIAN.


model pokok Tenggek Burung......

beberapa kawasan hutan dari tapak kem.

Pengarah Projek dan bodyguardnya......semasa tinjauan


PETA RINGKAS KE UNISEL/HUTAN SIMPAN RAJA MUSA
(klik 2 kali utk paparan saiz besar)


nak jelas lagi klik link dibawah ni

----->>>> map UNISEL


TENTATIF RINGKAS

1. Semua team kebajikan dan tanam pokok berkumpul di dalam KEM Hutan Simpan Raja Musa bersama YB, Wakil Pejabat Hutan, NGO GEC,Wakil Penduduk dan Wakil penerima bantuan.

2. Ucapan ACARA PERASMIAN selesai dalam pukul 10.00 pagi, peserta Kebajikan Penduduk bergerak keluar bersama penunjuk arah kampung Bestari Jaya.
Sementara team Tanam Pokok akan kekal di tapak kem.

3. Dua-dua team akan bergerak serentak di lokasi masing-masing sementara dalam anggaran pukul 3.00, kedua-dua team akan bergabung semula di tapak kem untuk acara PERASMIAN PENUTUP oleh Prof dari UPM.

4. Anggaran pukul 5.00 acara program 2 dalam 1 selesai dan pulang ke tempat masing-masing.


PERSEDIAAN RINGKAS:

-Siapkan nombor orang yang senang dihubungi jika berlaku kecemasan dan kekeliruan perjalanan. Biasanya Line Celcom adalah yang paling kuat signalnya.
-Siapkan sedikit makanan ringkas dan minuman semasa berada di dalam hutan simpan.
-AJK Makanan akan sediakan makanan untuk semua peserta di tapak kem.
-Tidak digalakkan membawa anak - anak kecil di dalam hutan dan menjaga tatasusila diri di dalam hutan.
-Harap siapkan payung dan baju hujan jika berlaku hujan.
-Tempat persalinan dan restroom ke-2 adalah di Masjid UNISEL.
-Kereta anda akan di jaga oleh 2 wakil penduduk yang diupah, apabila anda parking di luar jalan besar, luar hutan Raja Musa di sana.

SEMOGA PERJALANAN PROGRAM 
BERJALAN DENGAN BAIK HENDAK NYA.


SENARAI PESERTA(list tak rasmi)


KESELAMATAN:
Laluan dari Bukit Tagar ke Unisel 
atau dari Unisel ke tapak kem
digalakkan beramai/ berkumpulan/ berkonvoi

berhati-hati di laluan ini, mencegah adalah lebih baik.
Pastikan no phone kawan2 siap sedia di simpan untuk waktu
kecemasan.

Selamat Sahabat Semua.







...





No comments:

Post a Comment